Aku TIada Dua

Aku TIada Dua
...tuuutttt...

Sunday 26 June 2011

bUKu LinGUIstiK BahASA MelAYu..

..
Linguistik Melayu. 2006. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-758-7 (kulit lembut). 182 hlm. RM30.00. Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh & Rahim Aman.
Linguistik Melayu memperkenalkan bidang linguistik yang begitu luas kepada para pembaca. Huraian dalam buku ini merangkumi keseluruhan aspek yang berkaitan dengan bidang linguistik Melayu atau kajian bahasa Melayu iaitu aspek teori, aplikasi dan antara disiplin. Dalam aspek teori, kandungan buku ini menghuraikan secara jelas topik yang berkaitan dengan fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Aspek aplikasi dan antara disiplin mencakupi bidang yang cukup luas termasuklah psikolinguistik, sosiolinguistik, linguistik sejarah, dialektologi, pengajaran bahasa, linguistik komputer, penterjemahan, linguistik forensik, neurolingiistik dan sebagainya. Linguistik Melayu juga menjelaskan kepada pembaca tentang kepentingan ilmu linguistik dalam kehidupan sehari-harian kita. Bidang linguistik berkait rapat dengan aktiviti hidup kita, khususnya lakuan bahasa, iaitu dalam penyampaian dan pemahaman maksud. Kesemua aspek dan topik ini dihuraikan dengan jelas dan secara mudah dalam buku ini. Kehadiran buku ini dapat menjadi bahan bacaan yang berguna kepada pelbagai golongan pelajar, khususnya para pelajar yang mengikuti program pengajian bahasa Melayu, linguistik, pendidikan dan komunikasi dan amat bermanfaat untuk guru bahasa Melayu, pelajar maktab perguruan, peminat dan pejuang bahasa Melayu serta individu yang meminati bidang pengajian dan pengkajian bahasa Melayu.
ZULKIFLEY HAMID, Ph. D., Profesor Madya dalam bidang psikolinguistik dan pendidikan bahasa, RAMLI MD. SALLEH, Ph. D., Profesor dalam bidang sintaksis dan terjemahan, manakala RAHIM AMAN, Ph. D., dalam bidang linguistik sejarah dan dialektologi. Kesemuanya adalah pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
 

181206